Tuesday, 29 June 2021

Pak long

                              Pak long yang berkaca mata berdiri tengah antara nenek dan emak.
 

Jam 11.00 malam bertarikh 28 Jun 2021, kak long,kakak yang sulung memaklumkan dalam whatsap group pak long telah puj menghadap ilahi. Terkejut dan termenung di buatnya. Inalillahiwainnailaihirojiun buat pak long.

Gambar di atas merupakan gambar terakhir  pak long  bersama adik beradik  yang dirakam semasa menyambut ulangtahun kelahiran pak long yang ke-70 tahun lepas. Tarikh yang sama tahun berbeza pak long meninggalkan kami semua.

Pemergian pak long disebabkan kesan COVID-19  atau Post Covid yang dialaminya.Ayahku juga antara bekas pesakit COVID yang sama-sama dengan pak long ketika itu.Namun ujian Allah ,pak long dihantar ke hospital manakala ayah pula dihantar ke Pusat Kuarantin di Port Dickson.

Beberapa hari sebelum pemergian pak long,kami semua sempat membaca Yassin untuk pak long secara google meet setalah dimaklumkan pak long agak tenat.Namun,ajal dan ketentuan Allah ,pak long dijemput pada tarikh yang sama kelahiran pak long.

 Moga Allah mencucuri rahmat ke atas Pak Long dan diletakkan kalangan orang yang beriman. Kami  akan sentiasa merindui pak long .


Sunday, 27 June 2021

Disebalik Kesilapan Ada Rahmat





    Kesilapan yang dilakukan bukan semata-mata menunjukkan kebodohan dan bukan bermakna kita tidak pandai. Sebenarnya Allah nak bantu dan lorong kita untuk lebih bersedia menghadapi ujian yang lebih mencabar.Tidak lemah dengan ujian,sebaliknya berazam dan berusaha untuk memperbaiki diri. Setiap ujian ada pelajaran.

Bermula di sini



 





Assalammualaikum wrt.wbt.

Sedikit coretan sebagai permulaan.

Entah mengapa kali ini,saya mahu kembali menulis di dalam blog . Mahu melatih menulis dan kembali konsisten  setelah hilang fokus dalam menulis. Kesannya, dapat dirasa apabila terasa istilah yang dipanggil "writer block" datang menyelubungi diri ini.

Zaman kampus,antara medan yang sebenarnya mendidik saya untuk menulis. Lebih-lebih lagi "demam bloggers' masih lagi hangat ketika itu. Seronoknya ketika itu, suasana menjadikan saya rajin  membaca dan  bacaan yang berbentuk motivasi, pemikiran,sejarah dan sejarah menjadi genre pilihan..

Memasuki alam pekerjaan, stamina membaca masih ada. Namun tidaklah setekun di zaman kampus dahulu. Menulis sudah semakin jarang dan kesannya nak menulis satu perenggan makin payah. Sedih sebenarnya sebab nak mencari "fokus" dalam menulis yang telah hilang.

Jadi, inilah dia sedikit sebanyak ,orang kata luahan perasan apabila sambil cakap dalam hati ,bila lagi syuk,bila lagi.

Oleh itu  bermula hari ini,saya berazam untuk konsisten menulis.Sekurang-kurang buat daripada tidak berbuat apa-apa. Insya-Allah ada satu laman iaitu telegram channel yang saya saja-saja buat untuk beri semangat dalam diri untuk menulis.

Sampai di sini dahulu nukilan pertama saya sebagai muqaddimahnya.Doa saya ,moga Allah kurniakan ilham dan konsisten dalam menulis serta keberkatan nikmat waktu yang diberi.