Jam 11.00 malam bertarikh 28 Jun 2021, kak long,kakak yang sulung memaklumkan dalam whatsap group pak long telah puj menghadap ilahi. Terkejut dan termenung di buatnya. Inalillahiwainnailaihirojiun buat pak long.
Gambar di atas merupakan gambar terakhir pak long bersama adik beradik yang dirakam semasa menyambut ulangtahun kelahiran pak long yang ke-70 tahun lepas. Tarikh yang sama tahun berbeza pak long meninggalkan kami semua.
Pemergian pak long disebabkan kesan COVID-19 atau Post Covid yang dialaminya.Ayahku juga antara bekas pesakit COVID yang sama-sama dengan pak long ketika itu.Namun ujian Allah ,pak long dihantar ke hospital manakala ayah pula dihantar ke Pusat Kuarantin di Port Dickson.
Beberapa hari sebelum pemergian pak long,kami semua sempat membaca Yassin untuk pak long secara google meet setalah dimaklumkan pak long agak tenat.Namun,ajal dan ketentuan Allah ,pak long dijemput pada tarikh yang sama kelahiran pak long.
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas Pak Long dan diletakkan kalangan orang yang beriman. Kami akan sentiasa merindui pak long .

No comments:
Post a Comment