Sedikit coretan sebagai permulaan.
Entah mengapa kali ini,saya mahu kembali menulis di dalam blog . Mahu melatih menulis dan kembali konsisten setelah hilang fokus dalam menulis. Kesannya, dapat dirasa apabila terasa istilah yang dipanggil "writer block" datang menyelubungi diri ini.
Zaman kampus,antara medan yang sebenarnya mendidik saya untuk menulis. Lebih-lebih lagi "demam bloggers' masih lagi hangat ketika itu. Seronoknya ketika itu, suasana menjadikan saya rajin membaca dan bacaan yang berbentuk motivasi, pemikiran,sejarah dan sejarah menjadi genre pilihan..
Memasuki alam pekerjaan, stamina membaca masih ada. Namun tidaklah setekun di zaman kampus dahulu. Menulis sudah semakin jarang dan kesannya nak menulis satu perenggan makin payah. Sedih sebenarnya sebab nak mencari "fokus" dalam menulis yang telah hilang.
Jadi, inilah dia sedikit sebanyak ,orang kata luahan perasan apabila sambil cakap dalam hati ,bila lagi syuk,bila lagi.
Oleh itu bermula hari ini,saya berazam untuk konsisten menulis.Sekurang-kurang buat daripada tidak berbuat apa-apa. Insya-Allah ada satu laman iaitu telegram channel yang saya saja-saja buat untuk beri semangat dalam diri untuk menulis.
Sampai di sini dahulu nukilan pertama saya sebagai muqaddimahnya.Doa saya ,moga Allah kurniakan ilham dan konsisten dalam menulis serta keberkatan nikmat waktu yang diberi.

No comments:
Post a Comment